Sunday, June 20, 2010

Setinggi-tinggi Penghargaan Dari Kami


Terdahulu kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) serta Kolej Kejuruteraan (COE) UNITEN diatas peruntukan yang telah diberikan kepada kami bagi menjayakan projek ini. Kerjasama dan sokongan penuh dari pihak HEP dan COE amat kami hargai terutama Timb. Naib Canselor, Dr. Mohamed Nasser Bin Mohamed Noor, wakil HEP, Puan Sharifah Mordiah Wan Abdul Rahman dan Encik Ariffin Bin Mohamed Yusof serta tidak lupa juga kepada Dekan Kolej Kejuruteraan, Prof. Dr. Mohd Zamri Yusoff. Penghargaan terima kasih juga diucapkan kepada staf-staf UNITEN yang telah banyak membantu kami.


Terima kasih juga diucapkan kepada bengkel persendirian KJ Motorsports terutama Encik Lan yang telah banyak membantu kami dari segi peralatan dan khidmat nasihat yang diberikan oleh pekerja-pekerja beliau yang berpengalaman. Sebagai makluman, KJ Motorsports yang terletak di Bangi merupakan salah satu syarikat Bumiputera yang menyediakan khidmat membaiki dan mengubahsuai kereta. Pengalaman dan pembabitan syarikat ini dalam arena permotoran di Malaysia amat membanggakan. Untuk menghubungi Encik Lan : 012-6569198.


Sagil Engineering Sd. Bhd. juga merupakan salah sebuah syarikat Bumiputera yang sedikit sebanyak telah membantu kami dalam menjayakan salah satu aktiviti promosi dan pemasaran UNITEN PEC Team 2010 iaitu UNITEN PEC Charity yang telah diadakan pada 19 May 2010 di Rumah Kebajikan Nurul Izzah, Bangi. Sagil Eng. Sdn. Bhd telah memberi sumbangan berupa pakaian sekolah kepada rumah kebajikan terbabit. Sedikit sebanyak sumbangan ini telah memberi kami semangat dalam usaha menjayakan program tersebut. Sokongan yang diberikan oleh Encik Mohd Jusoh amat kami hargai.

Ucapan terima kasih juga kepada akhbar The Malay Mail yang sudi membuat liputan untuk UNITEN PEC Team pada 18 Jun 2010 yang lalu. Lawatan serta sesi interview yang dilakukan banyak membantu kami dalam mempromosikan bukan sahaja pertandingan Perodua Eco Challenge 2010 malah nama UNITEN dan pembabitan kami untuk tahun ini. Setinggi-tinggi perhargaan kepada wartawan Encik Shamsul Yunos yang telah memberi kami peluang ini.

Peluang ini juga diambil untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap individu yang banyak membantu kami dalam menjayakan projek Viva kami. Kami berharap agar dapat merealisasikan misi kami pada tahun ini iaitu untuk memenangi kedua-dua kategori : Pemanduan Manual Paling Jauh dan Design, Promotion dan Presentation. Kami akan melakukan yang terbaik untuk pertandingan pada tahun ini. Sekali lagi jutaan TERIMA KASIH. :))

No comments:

Post a Comment