Thursday, April 8, 2010

Lawatan ke kelip-kelip, Kampung Kuantan, Kuala Selangor



Seramai 14 orang termasuk 2 orang pensyarah pengiring , telah memulakan perjalanan ke Kampung Kuantan, Kuala Selangor untuk menikmati keindahan khazanah alam, iaitu yang sangat terkenal dengan kelip-kelip. Perjalanan bermula seawal jam 3 petang dan tiba di Kuala Selangor lebih kurang jam 5 petang. Tidak ketinggalan juga , kami sempat melawat Bukit Melawati yang terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri.


Dr. Azree



Bukit Melawati

Monyet-monyet di Bukit Melawati



Pintu masuk kelip-kelip kampung kuantan, kuala selangor



En Ahmad dan Dr Azree


Persediaan , life jacket sponsored dari TNB




Kami semua sangat kagum dengan keindahan cahaya kelip-kelip yang hinggap diatas pokok berembang atau pokok paya bakau disepanjang tebing Sungai Selangor. Persoalan yang bermain di kepala kami semua adalah, Bagaimana kelip-kelip ini boleh berkelip dengan serentak ? Subbhanallah.

Kelip-kelip memerlukan kawasan yang lembap dan permukaan yang banyak air untuk pembiakan. Jangka hajat kelip-kelip adalah cuma 2 hingga 3 bulan sahaja dan jangkamasa proses kitaran hidup kelip-kelip adalah antara 6 hingga 7 bulan.


Malanya, kami tidak berjaya menangkap pun satu gambar kelip-kelip. Menurut cerita seorang pakcik yang sudah 20 tahun bekerja disitu, tiada seorang pun yang pernah berjaya menangkap gambar kelip-kelip walaupun camera secanggih mana semahal mana sebabnya kelip-kelip ini berkelip 3 kali dalam masa 1 saat. Bayangkanlah ! :)

Menurut pakcik tuh juga, tarikh yang sesuai untuk melihat kelip-kelip ini dengan permandangan dan panorama yang lebih cantik adalah pada 1 hingga 6 dan 18 hingga 26 setiap bulan mengikut kalendar islam.





2 comments:

  1. Persoalan yang bermain di kepala kami semua adalah, Bagaimana kelip-kelip ini boleh berkelip dengan serentak ? Nauzubillah.


    Macam xsesuai je perkataan nauzubillah, rase nye lebih sesuai gune subhanallah..

    ReplyDelete